Saya singgah ke satu blog kesukaan iaitu blog Ustaz Zaharuddin.
Tertarik membaca ulasan dan jawapan beliau berkenaan hubungan antara
lelaki dan perempuan. Kisahnya berkenaan lelaki dan wanita berzina dan
ingin bertaubat. Itu satu hal. Yang mengejutkan daripada hampirt 100
komen di bawah artikel itu, boleh saya rumuskan 50% komen menceritakan
dan memohon Ustaz Zaharuddin menyelesaikan masalah zina masing-masing.
Ini bukan lagi isu terpencil!
"Saya
dan dia sudah kenal lama... kami mahu berkahwin tetapi keluarga pihak
lelaki tidak bersetuju. Dan sekarang kami sudah terlanjur dan ingin
bertaubat."
"Kami sudah bertunang... dia sebenarnya
seorang lelaki yang baik. Tetapi akhirnya kami tewas dengan desakan
nafsu masing-masing."
"Pada awal jumpa dengan saya dia
seorang lelaki yang baik dan hormati saya. Pertemuan kami yang pertama
di Shopping Mall. Selepas dua tiga kali bertemu kami tidak melakukan
hal terlarang melainkan hanya berpegangan tangan. Selepas itu, dia
minta lebih. Awalnya saya bertegas, tetapi layu dalam pujukan dia."
Itu komen-komen di blog seorang ustaz. Dan sekarang pula cerita di akhbar tabloid negara.
Seorang
mangsa, Rozie, 20, dari Ampang tidak menyangka perkenalan dengan
seorang jejaka melalui laman sosial Facebook bakal menjadi titik hitam
dalam hidupnya. Katanya, menerusi laman sosial itu, Boy dilihat
seolah-olah tidak mempunyai ramai rakan perempuan berikutan tiada
kenalan wanita dalam senarai sahabatnya. "Ini menyebabkan saya
menganggap Boy bukan kaki perempuan dan boleh dipercayai. "Kami bertemu
buat kali pertama apabila dia mengajak saya ke majlis hari jadi
rakannya," kata Rozie yang jatuh cinta dengan Boy yang bersopan-santun
dan pandai menjaga hatinya."Di tempat kerja, saya kerap diganggu lelaki,
tetapi Boy pula sering mengambil berat dengan menjaga saya daripada
diganggu mereka," katanya yang bertugas sebagai pakar kecantikan di ibu
kota. Akibat terlalu percayakan lelaki itu, Rozie mengandung hasil
hubungan terlarang mereka selepas setahun menjalin cinta.
Itulah
satu daripada ribuan cerita liku kehidupan masyarakat pada masa
sekarang. Denga hanya internet penyambung hubungan. Allah, Rasul,
keluarga dan maruh ditolak ke tepi. Semuanya atas nama cinta.
Sungguh mereka tidak mengerti untuk membezakan apa itu
CINTA dan apa itu
NAFSU.
Kasih Rasul Terhadap Wanita
Dalam
sejarah umat, insan yang paling kasih dan cinta kepada wanita ialah
Rasulullah s.a.w. Tidak sedikit usaha, teguran dan tindakan yang dibuat
dalam menterjemahkan perasaan cinta Baginda terhadap kaum hawa ini.
Tetapi sering kali kita mengabaikan bahkan memperlekehkan nasihat
Baginda.
"Islam ini kuno. Itu tak boleh, ini tak boleh. Tension tahu!"
"Mak
ayah aku pun tak bising... yang kau bawa al-Quran dan hadis segala ini
buat apa. Sikit-sikit Islam, nak cakap Islam pergi masjid la
beb?"
Bagi
yang mengatakan Islam yang Rasulullah s.a.w bawa itu kuno,
mengongkong, dan segala nista, saya ingin mengajak kita sama-sama renung
satu kisah sirah nabawi ketika Baginda menunaikan Haji
Wida',
haji yang terakhir Baginda. Baginda memberikan satu khutbah umum yang
terakhir dalam hidupnya. Salah satu aspek yang Baginda sentuh adalah
berkenaan kaum Hawa.
"Wahai Manusia Sebagaimana kamu
mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu.
Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka,
juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah
wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka
kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.
Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh
memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang
melakukan zina."
Rasulullah s.a.w.
Inilah
insan yang mempertegaskan hak wanita, inilah jua insan yang anda
katakan kolot. Inilah insan yang menyuruh melayani wanita dengan kasih
sayang, inilah jua insan yang anda katakan mengongkong. Inilah insan
yang melayani wanita dengan lemah-lembut, inilah jua insan yang anda
katakan
out of date.
Skrip Berulang
Jika
kita melihat senario di atas, modus operandi hingga terjadinya zina
dan sama waktu dengannya adalah mudah dan berulang-ulang kisahnya.
01.Berkenalan.
02.Lelaki berlakon baik atau memang baik pada awalnya.
03.Perempuan terkesima dengan baik budi dan ayat si lelaki.
04.Keluar bersama untuk kali pertama dan lelaki itu kelihatan sungguh baik dan sopan.
05.Hubungan semakin rapat dan lelaki meminta berpegangan tangan.
06.Perempuan bertegas menolak, dipujuk dan dipujuk.
07.Akhirnya layu... dan pergilah ke babak yang seterusnya.
Mudah sahaja skrip cinta masyarakat sekarang. Dan skrip inilah yang membawa kecelakaan kepada masyarakat.
Menjadi
tanda soal, haruskah hubungan lelaki dan wanita berakhir seperti ini?
Adakah semudah itu untuk mencairkan hati seorang wanita. Cukup sekadar
ayat
power, muka kacak, dan belanja makan yang tidak seberapa.
Dan siap untuk menyerah diri untuk disembelih sang lelaki. Kambing
yang abah jual pun harga RM400 seekor, takkan belanja makan yang tidak
sampai RM50 sudah layu.
Kelebihan lelaki ialah pandai memujuk dan
berlakon, dan kelemahan wanita adalah mudah dipujuk rayu dan
ditipu. Oleh sebab itu, Islam melihat isu hubungan lelaki dan wanita
ini cukup penting untuk disentuh. kerana disini letak
titik jatuh bangun ummah.
Mahu lihat masa depan Islam, lihatlah pada pemuda-pemudinya. Jika
pemuda-pemudinya kaki rempit, masa depan Islam "rempit" jugalah
jawabnya.
Sunnah dalam Hubungan Lelaki dan Wanita
"Kenapa
dia naik motor dengan perempuan tu? Ada apa-apa urusan mendesak ke
sampai perlu macam itu?" saya bertanya kepada seorang rakan.
"Entah tak pasti pulak kenapa. Tapi ada orang bagi tahu mungkin salah satu cara dakwah kot," jawab dia bersahaja.
"Dakwah
apa? Apa yang dia tahu dengan dakwah seperti itu? Mengangkat perempuan
itu dari satu lubang neraka dengan meletakkan ke dalam lubang neraka
yang lain. Kali ini dengan lelaki itu masuk lubang sekali. Dakwah itu
luas, tetapi masih tidak berkompromi dengan bersalut kemaksiatan," saya
menjawab. Mengaitkan tindakan itu dengan Islam dan dakwah pula.
Islam
itu meraikan fitrah. Jika anda suka kepada perempuan, bersyukurlah
kerana anda normal dan bukan gay. Jika si gadis tertawan dengan sang
lelaki, itu juga normal dan tidaklah berdosa dalam Islam. Tetapi ada
aturannya...
01.Ramai pasangan keluar
berdua-duaan tidak kiralah sama ada pergi
shopping,
dating,
atau ke masjid sekalipun. Ketahuilah itu dilarang sama sekali. Bagi
yang sudah bertunang sekalipun aturannya tetap ketat. Keluar dibolehkan
tetapi dengan syarat ditemani oleh mahram yang (1)
tsiqah. Ada yang mengajak teman, sedangkan teman yang diajak itu merapu dan tidak tahu hukum-hakam.
02.Kurangkan komunikasi yang tidak berkenaan.
Isi perbincangan seharusnya
dikawal. Isi pun dikawal, gantiaan nama seperti ayang itik, abang,
ucuk dan segala hal lagilah bersalahan dengan syarak.
03.
Tidak boleh bersentuhan sama
sekali. Jadi diharap tiadalah dialog: "Saya dan dia cukup menjaga.
Kami tidak melakukan larangan. Paling tidak pun hanya sekadar
berpegangan tangan saja." Pegang tangan sahaja...
hurm.
04.Elakkan fitnah daripaada masyarakat sekeliling. Mahu elakkan fitnah,
jangan cipta fitnah. Jangan salahkan masyarakat mengata, sedangkan diri dengan pasangan kelakuan sumbang.
05.Berkaitan gambar.
Melihat aurat sudah semestinya sudah salah. Sekarang
trend menjadikan gambar pasangan sebagai
wallpaper telefon bimbit,
laptop bahkan menjadi
primary picture di Facebook dan Friendster. Dua kali salah! Dilarang bertukar gambar tanpa sebab yang syarie'.
06.Jika semua ini kita tidak mampu lakukan dan penyelesaian pernikahan itu masih jauh perjalanannya.
Putuskanlah hubungan itu
dengan serta-merta. Pedih lagi sedih. Memang! Tetapi itulah mujahadah.
Rintangan dihadapan lagi besar dan memerlukan lebih tinggi
mujahadahnya berbanding putuskan hubungan itu. Percayalah, jika niat
semua itu kerana Allah s.w.t., Dia akan gantikan duka lara hati dengan
kegembiraan lebih besar daripada itu.
please comment, do you like this post o not? tq
do like Blue Pearls ( Ask Wanita ) at:
http://www.facebook.com/pages/Blue-Pearls-Ask-Wanita-/113864538680518?__adt=10
=) tq