Labels

10 muharram (1) 2 way mirror (1) 2014 (1) agama ini milik Allah (1) akhir zaman (1) Allah (1) Allah jaga hati (3) ampun dosa (3) anak (3) anak nakal (1) AWAABIIN (1) ayat alquraan (1) ayat lima belas (1) bencana (1) bercinta (2) berharap kepada Allah (1) bertaubat (1) budu (1) cinta (4) cinta kerana Allah (2) couple (2) dajjal (1) dapatkan pasangan (1) dhearty (1) DHUHA (1) di cintai Allah (3) diri (1) doa (5) doa mendapatkan pasangan (1) doa mohon jodoh dan keturunan yang baik (3) DOA UNTUK ANAK AGAR LEMBUT HATI (1) Doa untuk anak anak menjadi soleh dan solehah (1) Doa untuk menangani anak nakal (1) Doa Untuk Mendapatkan atau Melupakan Pasangan (1) emel berantai (1) girl (1) good life partber (1) hadis (1) hajat (1) halal (1) haram (1) hari asyura (1) helping each others (1) hukum (2) hukum sebar surat berantai (1) husnozon (1) ingatan bersama (1) ISYRAK (1) Jangan Putus Asa (1) jodoh (2) jodoh baik (2) kahwin (1) kawan (3) kecewa (1) kecil hati (1) keturunan baik (2) khasiat ayat al quraan (1) lelaki (1) liriklagu (1) love (3) malaikat (1) mata (1) maulidur rasul (1) mirror (1) muhasabah diri (1) naked (1) nasihat (2) nasyid (1) nikah (1) no love until akad (1) our love story (1) pasangan (1) pengajaran (1) pengasih (1) penjaga Ka'abah (1) permatayangdicari (1) petai (1) PINTAR DAN SOLEH (1) playgirl (1) prayers (1) rahsiah wanita (1) Redha (1) sahabat (2) sedih (1) selawat (1) selawat syifa (1) Sheikh Ahmad (1) sms berantai (1) Soal-Jawab Isu Kalimah Allah SWT - Council of Churches Malaysia VS Sultan Selangor (1) solat berjemaah (1) solat jumaat (1) soleh (1) solehah (1) SUNAT (1) sunnah (1) surat berantai (1) suuzon bersangka baik (1) syariat (1) Syukur (1) takenote (1) taubat (1) teman (1) tenang hati (1) terluka (1) tidak puas hati (1) tidur (1) tidur lepas asar (1) tidur maghrib (1) tips atasi zina hati (1) tolong orang (1) true love :) (1) uhibbuki Fillah (1) uhibukkifillah (1) wajib (1) wudhuk (1) zina hati (2)

Monday, July 15, 2013

Soal-Jawab Isu Kalimah Allah SWT - Council of Churches Malaysia VS Sultan Selangor

Sekali lagi umat Islam di negara ini dikejutkan dengan isu yang pernah berbangkit tidak lama dahulu, iaitu isu penggunaan nama Tuhan Sekalian Alam iaitu Allah SWT di dalam kitab bible (nak menulis nama yang Maha Hebat ini pun dah rasa gentar, apatah lagi nak menulis nama ini dan cuba kaitkan dengan tuhan-tuhan agama lain).
Saya benar-benar tersentak apabila membaca laporan akhbar yang melaporkan bahawaCouncil of Churches Malaysia (CCM) akan terus menggunakan kalimah Allah sebagai mewakili nama tuhan mereka di dalam kitab bible. Kounsel ini juga secara terbuka menolak titah Sultan Selangor yang melarang non-muslims daripada menggunakan kalimah Allah yang dianggap suci dan spesifik untuk orang Islam. Baginda bertitah sebagai maklumbalas kepada isu yang dibangkitkan semula oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Kerajaan Negeri Selangor telah pun akur dengan titah Sultan tersebut namun pihak CCM masih berkeras. Pihak mereka berhujah bahawa orang kristian di tanah melayu sudah lama menggunakan kalimah Allah di dalam kitab mereka sejak berkurun yang lalu dan juga mereka berhujah bahawa penggunaan kalimah dijamin oleh perlembagaan Artikel 11 yang menggariskan kebebasan beragama dalam negara ini. Mereka juga berhujah bahawa selain Kristian, agama Sikh juga sudah lama menggunakan kalimah ini. Dan lebih teruk lagi apabila sidang media PR yang lalu digunakan sebagai sandaran kepada ketegasan dan kelantangan yang tidak kena pada tempatnya ini.
Saya merasakan bahawa hujah-hujah mereka tidak kuat dan tidak memberikan pertimbangan yang bijaksana terhadap nilai-nilai murni yang telah sekian lama dipupuk di dalam negara kita. Jika benar dakwaan mereka bahawa mereka telah lama menggunakan kalimah Allah di dalam kitab mereka, maka seharusnya pihak kerajaan segera mengkaji dakwaan ini dan melakukan sesuatu untuk melarang penggunaan kalimah Allah dengan segera termasuklah penggunaan di Sabah & Sarawak sebelum ia menular dengan lebih teruk di kalangan masyarakat kita pada hari ini.
Saya juga tidak dapat menerima hujah-hujah tertentu daripada orang Islam sendiri yang cuba mempertahankan dan memberikan rasional terhadap penggunaan kalimah Allah di dalam Bible. Jadi untuk itu saya ingin berkongsi tentang soal-jawab yang biasanya kita dengar daripada kumpulan ini dengan harapan ia dapat menjaga kesucian agama di tanah air kita sendiri (stressed on SOALAN 9).

ISU KALIMAH ALLAH: SOAL-JAWAB

Oleh: Ibnuzack
Soalan 1
Kenapa mahu marah-marah Kristian pakai kalimah Allah? Kenapa perlu berebut? Yang penting kita tahu Allah itu siapa sudahlah.
Jawapan:
Isu 'Allah' ini bukan isu perebutan nama. Ia adalah isu akidah, isu falsafah, isu maqasid di sebalik nama itu. Kita tidak marah kalau Kristian mahu menisbahkan Allah kepada Tuhan yg sebenar. Tiada masalah. Tapi kita tidak setuju kalau dikatakan Allah itu adalah Roh Kudus dan Jesus atau sebaliknya atas sebab Trinity yang mereka pegang. Bukankah di dalam Bible menyebut "Aku dan 'Bapa' adalah satu"?
Soalan 2:
Tetapi musyrikin Makkah dan Arab pada zaman Nabi pun pakai nama Allah. Bapa Nabi pun bernama Abdullah. Apa masalahnya?
Jawapan:
Memang musyrikin Arab memakai kalimah 'Allah' bila mereka merujuk kepada Tuhan. Betul. Tapi menjadikan alasan itu bagi menghalalkan penggunaan 'Allah oleh Kristian Trinity adalah tidak kena. Kerana musyrikin zaman itu memahami 'Allah' itu sebagai Tuhan yang sebenar. Mereka tidak menisbahkan 'Allah' itu sebagai Latta dan Uzza dan berhala-berhala yang mereka sembah. Sebab itu mereka digelar 'musyrikin'.
Soalan 3:
Tapi Allah ada sebut “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad:( “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (al-Ankabut:63).
Kan kita disuruh mengucap Alhamdulillah bila non-muslim mengaku Allah itu Tuhan. Jadi, kenapa anda hendak halang?
Jawapan:
Sebab itulah pentingnya sebelum mengambil apa-apa dalil mesti kita faham asbabun nuzul dan tujuan ayat itu turun. Sama seperti ayat 'La ikraha fiddin'. Ia ditujukan kepada mereka yang memaksa bukan Islam masuk Islam bukan sebaliknya. Sebab itu adanya golongan Islam Liberal yang menggunakan ayat ini secara umum bagi menghalalkan murtad.
Hakikatnya ayat ini ditujukan kepada Musyrikin Arab yang berada di sekitar Nabi saat itu. Bukan kepada seluruh 'bukan Islam'. Sebab itulah Islam tidak membantah. Sebab itu jugalah Nabi disuruh mengucapkan syukur. Sebab musyrikin itu masih kenal dan tahu siapa Allah yang sebenar walaupun disyirikkan dengan menyembah berhala.
Maka bersyukurnya Nabi pada hal itu adalah benar.
Bukannya untuk Kristian yang mengatakan Allah dan Jesus itu adalah satu. Yang mengatakan Allah itu Jesus dan Jesus itu Allah. Yang mengatakan Jesus itu diri Allah yang boleh disentuh, didengar, diam bersama, dirasa etc.
Munasabahkah kita bersyukur apabila Kristian mengatakan Allah Jesus yg menurunkan hujan dari langit?
Maka kesyukuran kita itu adalah pada hal yg batil.
Soalan 4:
Tapi bukankah Allah ada sebut: (maksudnya) “Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari yang tiga (triniti)”. padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa..(Surah al-Maidah ayat 73).
Jadi yang penting konsep. Bukan nama. Setuju?
Jawapan:
Ayat ini secara jelas membantah penggunaan kalimah 'Allah' untuk dinisbahkan kepada Jesus dan Roh Kudus. Inilah yang mereka mahu buat pada hari ini. Ini yang kita bangun membantah. Inilah isu yang mendasarinya. Ini bukan soal istilah saja.
Kalau mereka menisbahkan Allah itu kepada Tuhan yang sebenar dan bukan kepada yang lain seperti yg dibuat musyrikin pada zaman nabi, kita pun tak mahu nak halang. Qulilhamdulillah!
Soalan 5:
Bukankah Quran mengakui bahawa adanya tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak dalam Surah al-Hajj ayat 40. Jadi apa masalahnya kalau gereja Katolik mahu menggunakan nama Allah? Mereka berhak.
Jawapan:
Memanggil 'nama Allah' dan 'Allah' adalah 2 hal yg berbeza. Tolong bezakan.
Sudah berzaman penganut agama Tauhid memanggil Tuhan yang sebenar dengan bahasa mereka atau bahasa kitab mereka. Bani Israel mungkin memanggilnya Eloh, orang Nusantara mungkin memanggil-Nya Dewata Mulia Raya, orang Parsi mungkin memanggil-Nya Ahura Mazda. Dan bila mereka sebut nama-nama itu, memang mereka merujuk kepada Tuhan yang sebenar iaitu Allah.
Sama apabila kita menyebut Ar-Rahman, Ar-Rahim, Al-Malik, maka kita merujuk kepada Allah, Tuhan yang sebenar. Bukan kepada yang lain.
Jadi andaikata mereka mahu meminta hak sekalipun, yang mereka boleh minta adalah kalimah yang ada dalam kitab mereka. Eloh, Elohim, Yahweh. Bukan 'Allah'.
Soalan 6:
Tetapi bukankah Kristian Arab juga memakai kalimah 'Allah' di dalam Bible mereka? Tidak pula kerajaan Arab menghalang.
Jawapan:
Kebanyakan Kristian Arab yang memakai kalimah 'Allah' dalam terjemahan Bible (dipanggil Kitabul Muqaddas) adalah Kristian Unitarian. Yang percaya Allah itu Esa. Katolik Malaysia Unitarian kah? Tentulah tidak. Mereka adalah Kristian Trinitirian. Kristian Trinitirian mengkafirkan Kristian Unitarian
Soalan 7:
Tetapi Kristian Indonesia juga memakai kalimah 'Allah' di dalam Bible. Bukankah mereka Trinitirian juga? Dan Indonesia masih lagi kekal sebagai negara Islam terbesar di dunia. Tidak ada masalahpun. Kita ni mahu ditertawakan Indonesiakah?
Jawapan:
Tahukah anda disebabkan liberalnya agama di Indonesia maka ada premis pada hari Jumaat menjadi masjid, pada hari Sabtu menjadi kuil dan pada hari Ahad pula bertukar menjadi gereja?
Mahu Masjid Putrajaya menjadi Gereja St Thomas pada hari Ahad? Mungkin tidak hari ini. Tapi 50 tahun lagi?
Soalan 8:
Kita mesti menjaga akidah dengan ilmu. Maka didiklah generasi muda kita. Mesti mereka tak akan salah faham kalau Kristian gunakan 'Allah' sekalipun. Tak perlu larang pun.
Jawapan:
Ini bukan masalah keliru sahaja. Ia juga masalah falsafah dan maqasid yang ada disebalik kalimah Allah. Syariat Islam turun dan memurnikan kalimah 'Allah' itu selama 1400 tahun. Hari ni awak sanggup membiarkan kalimah itu tercemar?
Dakwah dan mendidik satu hal. Preventif satu hal. Dua-dua kena ada. Tuhan tak suruh Iqra' sahaja. Tuhan suruh laksana Hudud Qisas juga. Tuhan suruh "Az-zaniyatu waz-zaani fadzlidu kulla wahidim-minhuma miata jaldah". Ini apa? Preventiflah.
Jika tak perlu preventif, rombaklah Kanun jenayah negara. Berikan pendidikan saja, nescaya rasuah, mencuri, rompak, rogol tidak akan berlaku.
Berani jamin?
Soalan 9:
Bukankah dengan penggunaan kalimah 'Allah' akan menyebabkan mereka akan lebih memahami Islam dan kita boleh mengambil peluang ini untuk berdakwah kepada mereka? Malah mungkin mereka juga akan terkeliru dengan konsep Triniti sebab 'anak Allah adalah Allah". Ini kelebihan kepada umat Islam!
Jawapan:
Bagaimana untuk mereka lebih memahami Islam dengan cara begitu? Mereka bukannya baca kalimah 'Allah'. Sebab kalimah itu cuma ada dalam Bible bahasa Melayu atau akhbar Herald bahasa Melayu. Mereka baca dalam Bible berbahasa Inggeris. Yang ada cuma 'God'. Jadi, untuk siapa Bible Melayu ini ditujukan?
Kalau mahu ditujukan kepada Kristian Malaysia Timur, kaum Iban dan Kadazan contohnya, maka gunalah bahasa mereka. Kalau mahu standard di dalam bahasa Melayu, maka gunalah 'Tuhan'. Itukan bahasa Melayu? Kalimah 'Allah' bukan berasal dari bahasa Melayu, apatah lagi Iban atau Kadazan atau Murut.
Jika anda boleh mengatakan Kristian akan terkeliru maka kenapa anda tidak mengatakan orang Islam juga boleh terkeliru? Maka tak perlulah pakai. Dua-dua tidak akan terkeliru. Akidah orang Kristian terjaga, akidah orang Islam pun terjaga. Cari penyakit buat apa? 
“Ini adalah antara soal-jawab saya dan rakan-rakan di pelbagai ruangan komen di Facebook. Ada editing dilakukan bagi memudahkan pemahaman. Allahua'lam..” - (IBNUZACK)

Abe: Maha Suci Allah… ramai manusia mengakui wujudnya Sang Pencipta bagi alam ini tetapi ramai juga yang tidak mengakui bahawa Dia yang dimaksudkan itu adalah Allah SWT.
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ (١) ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ (٢) لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ (٣) وَلَمۡ يَكُن لَّهُ ۥ ڪُفُوًا أَحَدٌ (٤)
Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. (1) Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. (2) Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan (3) Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya (4)
copy dr sini
please comment, do you like this post o not? tq do like Blue Pearls ( Ask Wanita ) at: http://www.facebook.com/pages/Blue-Pearls-Ask-Wanita-/113864538680518?__adt=10 =) tq

Wednesday, July 10, 2013

Doa Untuk Mendapatkan atau Melupakan Pasangan

Jodoh itu Rahsiah Allah =)


sumber dari sini






sumber dari sini


Perbanyakkanlah berdoa.. 
insyallah Allah tahu apa yang terbaik untuk kita... 
semoga kita mendapat jodoh yang terbaik yang mampu membimbing kita hingga ke Jannatul Firdaus.. Aamin

please comment, do you like this post o not? tq do like Blue Pearls ( Ask Wanita ) at: http://www.facebook.com/pages/Blue-Pearls-Ask-Wanita-/113864538680518?__adt=10 =) tq

DOA UNTUK ANAK AGAR LEMBUT HATI , PINTAR DAN SOLEH

 DOA UNTUK ANAK AGAR LEMBUT HATI , PINTAR DAN SOLEH

 a) Baca Fatihah (1 kali ) 

       b) Baca Ayat Kursi (1 Kali )

                 c) Baca Surah al - Insyirah (1 kali )


                                                               d) Baca Surah Toha 1-5 (1 kali )ayat
 

Kemudian hembuskan di ubun-ubun anak niatkan agar anak menjadi yang soleh, cemerlang, lembut hati, rajin belajar solat dan lain-lain.
 atau 
Baca Surah al-Fatihah,surah Taha ayat 1 sehingga 5,diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.Doanya,”Ya Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya),seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya).”Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman.Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.
atau
Ketika memasak,sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:”Wahai orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu,dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir’Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’berulang-ulang.

INFO: Tip untuk ibu bapa
·         Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
·         Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
·         Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
·         Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran

sumber dari sini 
please comment, do you like this post o not? tq do like Blue Pearls ( Ask Wanita ) at: http://www.facebook.com/pages/Blue-Pearls-Ask-Wanita-/113864538680518?__adt=10 =) tq

Doa untuk menangani anak nakal

Doa untuk menangani anak nakal


ISTIGHFAR

"Beristighfarlah kepada Tuhanmu - sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun - niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai". (Surah Nuh: ayat 10-12)

WEDNESDAY, MAY 4, 2011

Doa untuk menangani anak nakal

  1. Baca "Ya Latif" sebanayak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur
  2. Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk
  3.  Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak
  4. Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati
  5. Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu
  6. Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.
  7. Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar
  8. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya"
  9. Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.
  10. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang  bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.
  11. Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.
Doa-doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan

  • Supaya anak-anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya' ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa
  • Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102
  • Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah A-anbiya' ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24
  • Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1 hingga 5.
  • Anak-anak yang suka keluar malam, baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali
Insyaallah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik
sumber dari sini

please comment, do you like this post o not? tq do like Blue Pearls ( Ask Wanita ) at: http://www.facebook.com/pages/Blue-Pearls-Ask-Wanita-/113864538680518?__adt=10 =) tq

Doa untuk anak anak menjadi soleh dan solehah

Doa untuk anak anak menjadi soleh dan solehah




Doa untuk anak supaya menjadi soleh dan solehah



اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ

(Allhumma faqqihhu fiddin wa a'llimhuttakwil)

Maksudnya: Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).



اَللَّهُمَّ أَلْهِمْهُ التَّأْوِيْلَ وَعَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ

(Allhummal hamhuttakwil wa a'llimhulhikmah)

Maksudnya: Ya Allah, ilhamkannya Takwil (tafsir al-Quran) dan ajarkannya hikmah (ilmu yang tepat).



اَللَّهُمَّ بَارِكْ فِيْهِ وَانْشُرْ مِنْهُ

(Allahumma barik fihi wanshur minhu)

Maksudnya: Ya Allah, berkatilah padanya dan sebarkanlah ilmunya.


“Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu:sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat dengannya dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya”
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

Setiap ibu bapa wajib mendidik anak mereka menjadi anak yang soleh dan solehah. Anak-anak adalah amanah Allaw S.W.T kepada kita dan sudah pasti akan di tanya berkenaan apa dan bagaimana kita mendidik mereka. Jika tersilap didikan anak-anak mungkin boleh mengheret kita masuk ke Neraka. Justeru itu didiklah anak dengan sebaiknya, pentingkanlah agama daripada dunia semata.


“Ketahuilah bahawa harta-benda kamu dan anak-anak kamu adalah ujian (bagi kamu) dan sesungguhnya Allah di sisi-Nya pahala yang besar”
(Surah al-Anfal, ayat 27-28)


Apa makna anak yang soleh?

Anak yang soleh bermaksud anak yang 'baik'. Anak yang soleh bukan sahaja anak yang bersopan-santun dan taat kepada ibu-bapa, tetapi juga anak yang menjaga agamanya. Anak yang soleh ialah anak yang ta’at kepada Allah, yang tahu kewajipannya sebagai hamba Allah dan tahu tanggungjawabnya kepada agamanya. Apabila seorang anak dididik dengan taat kepada Allah dan patuh kepada suruhan agama, Insya Allah anak itu  akan taat kepada ibu-bapanya dan akan menjaga akhlaknya di mana-mana sahaja ia berada.




“Wahai orang-orang beriman! Sahut dan sambutlah seruan Allah dan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang akan menjadikan kamu hidup sempurna”.
(al-Anfal: 24)


Cara -cara menjadikan anak soleh dan solehah

1. Didiklah anak-anak kita mengenali Allah

2. Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain.

3. Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita.

4. Hidupkan dalam rumah kita Biah Islamiyyah (suasana keislaman). Antara perkara yang dapat kita lakukan untuk tujuan tersebut ialah;

a) Selalu membaca Al-Quran di rumah

b) Membiasakan solat-solat sunat di rumah

c) Hidupkan budaya memberi salam

d) Praktikkan adab-adab Islam di dalam rumah.

5. Dekatkan anak-anak kita dengan masjid, mushalla atau surau.

6. Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kita.

7. Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu

8. Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan.

9. Mohonlah sentiasa dari Allah agar dikurniakan anak yang soleh

10. Sentiasalah memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita









copypaste from here

please comment, do you like this post o not? tq do like Blue Pearls ( Ask Wanita ) at: http://www.facebook.com/pages/Blue-Pearls-Ask-Wanita-/113864538680518?__adt=10 =) tq