PERKONGSIAN BERSAMA
SUMBER DARI SINI
Assalamualaikum Ustaz,
SOLAT SUNAT ISYRAK
Sesudah Terbitnya matahari kira-kira pukul 7 pagi, disunatkan mengerjakan sembahyang 2 rakaat
yang dinamakan sunat Isyraq
Daripada anas bin maliq, rasulullah s.a.w bersabda;
Sesiapa yang bersembahyang subuh berjemaah, kemudian duduk berzikrullah sehinga terbit
matahari, kemudian dia bersembahyang sunat 2 rakaat adalah baginya pahala mengerjakan haji
dan umrah.
(riwayat tarmizi)
Lafaz niatnya:

Ertinya: "Sahaja aku solat sunat Isyraq dua rakaat kerana Allah taala”.
Selepas fatihah rakaat pertama dibaca surah al-Kaafirun dan selepas fatihah rakaat kedua dibaca
surah al-Ikhlas.
Dan selepas salam bacalah doa ini;

Ertinya : "Segala puji hanya bagi Allah yang telah menjadikan hari ini sejahtera dan telah
menerbitkan matahari dari tempat terbitnya. Ya Allah, kurniakanlah bagiku kebaikan hari ini dan
jauhkanlah daripadaku keburukan (kejahatan) hari ini. Ya Allah, terangilah bumi dengan
matahariMu terus menerus dengan rahmatmu, Wahai tuhan yang Maha Pengasih.
Walau bagaimanapun kita boleh berdoa dengan doa kita sendiri, samada memohon rezeki,
keselamatan, jauhkan dari bala, mohon rahmat dari Allah s.w.t. dan sebagainya.
TAMBAHAN : Sedikit Perbezaan Pendapat Mengenai Solat Dhuha dan Solat Isyrak
Untuk Menjawab soalan berkenaan solah ad-duha ini kita terpaksa sentuh sedikit mengenai solah al-
ishraq, setengah ulama berpendapat ianya adalah dua solah yang berlainan jenis dan waktu, ada
pula ianya jenis dan waktu yang sama suma nama sahaja yang lain.
Pendek cerita... jika anda berpegang dengan pendapat bahawa solah isyraq lain duha lain maka
waktu bagi isyraq ialah selepas matahari naik segalah hingga ke dua atau tiga galah iaitu tempoh
solah isyraq ni hanya sekadar 15 hingga 30 minit sahaja, duha pula bermula selepas tamat waktu
isyraq hinggalah ke waktu zawal iaitu matahari terpacak di tengah kepala.
Jika anda berpegang dengan pendapar bahawa isyraq dan duha adalah sama maka waktunya ialah
bermula dari matahari segalah hinggalah matahari terpacak di atas lepala.
Untuk mengetahui kadar matahari segalah pada zaman sekarang dengan cara melihat matahari
adalah sukar kerana bangunan yang banyak menghalang penglihatan tetapi cukuplah dengan
menggunakan taqwim yang telah disusun oleh jabatan agama islam, biasanya akan tertulis
"syuruk" maka dari waktu syuruk ni tambahlah 10 atau 15 minit barulah boleh solat antara waktu
"syuruk" dengan matahari segalah (sekitar 10-15 minit) adalah waktu yang ditegah dari
bersembahyang seperti yang disebut dalam hadith oleh itu tunggu 10 minit baru solah isyraq dan
selepas 15 setengah jam dari waktu isyraq barulah solah duha.
Kita tak boleh tetapkan satu waktu khas pukul berapa harus kita solah duha atau isyraq ni kerana
ianya berubah2 seperti solah yang fardhu, contohnya jika anda berada di Johor pada hari ini maka
waktu syuruknya ialah jam 6:55 pagi dan anda boleh mulakan solah jam 7:10 pagi.
Untuk selingan saya suka untuk mengajak para pembaca menjaga solah duha kerana ianya
termasuk amalan sunat yang sangat ditekan oleh Nabi kita Muhammad S.A.W.
Wallahu a'lam bissowaab
************************************************************************************************
SUMBER KEDUA DARI SINI
Bolehkah Ustaz terangkan berkaitan tentang solah isyrak dan duha?
Adakah sama atau solah yang berbeza?
Wa'alaikumussalam.
Alhamdulillah. Kami akan cuba menerangkan dengan kadar yang mampu perbezaan atau persamaan diantara Solat Duha dan Solat Isyraaq yang sdr anakmurid tanyakan, Insyaallah.
Kedua istilah Solat ini menunjukkan Waktu atau masa sejenis Solat sunat itu dilakukan. Dari segi bahasa (الإشراق) Isyraaq menunjukkan terbit atau naik atau cahaya (emerge, rise, light). Duha (ضُحًى ) bermaksud waktu diantara pagi hingga tengahari atau 'forenoon'. Dengan kata lain Solat Duha dan Isyraaq menunjukkan Solat Sunat diwaktu terbit matahari dipagi hari.
Bila waktu Solat Duha?
Sheikh Ibnu Utsaimin didalam Al-Sharh al-Mumti’(4/122) menyatakan bahawa waktu solat Duha ialah :
من طلوع الشمس وارتفاعها إلى قبيل وقت صلاة الظهر . ...
".... dari Terbit matahari pada ketinggian tertentu sehingga sebelum waktu Solat Zohor"
Dengan ertikata lain, beliau mengatakan bahawa waktunya kira-kira :
بعد شروق الشمس بربع ساعة إلى قبيل صلاة الظهر بعشر دقائق
"Selepas naik matahari 1/4 jam sehingga 10 minit sebelum zohor"
Apakah Solat Duha dan Israaq itu solat yang sama?
Diatas tadi kita membincangkan bahawa dari segi istilah, kedua-dua solat ini menunjukkan Solat Sunat yang dilakukan pada waktu pagi selepas terbit matahari. Ulama'-ulama' mengatakan bahawa kedua-dua Solat ini sama sahaja, ia tidak berbeza, dimana Solat Isyraaq juga menunjukkan Solat Duha. Solat Israaq ialah merupakan Solat Duha yang dilakukan sebaik sahaja matahari terbit di ketinggian tertentu dengan istilah "SURUUQ" (شروق). Sheikh Abdul Aziz bin baaz (majmu' fataawa, 11/401) mengatakan :
صلاة الإشراق هي صلاة الضحى في أول وقتها .
"Solat Isyraaq ialah Solat Duha diawal waktunya"
Menurut seorang ulama Saudi terkenal, Sheikh Saami Majid mengatakan beliau tidak berjumpa dengan sejenis solat yang berasingan yang dinamakan Solat Al-Israaq, melainkan ia dinamakan dari Solat Duha. Jelas beliau :
لايعرف في الشرع صلاة مستقلة تسمى صلاة الإشراق ، وإنما ورد تسمية صلاة الضحى بصلاة الإشراق
"Tidak diketahui didalam syara' Solat yang bersendirian dinamakan Solat Isyraaq, dan sesungguhnya Solat Israaq itu datang dari nama Solat Duha".
Maka kesemua waktu diantara terbit matahari dan sebelum waktu Zohor dipanggil waktu Duha.
Sheikh Abdul Aziz Bin baaz (Majmu' fatawa 11/395) mencadangkan bahawa:
والأفضل صلاتها بعد اشتداد حر الشمس لقول النبي صلى الله عليه وسلم :
( صلاة الأوابين حين ترمض الفصال ) رواه مسلم ( 748 )
"Seafdal-afdal Solatnya ialah selepas matahari menjadi panas, dimana Nabi saw bersabda :'Solat Al-Awaabeen semasa Unta muda merasakan panas (akibat matahari yg panas)'. Hadith riwayat Muslim#748.
Hadith ini juga menujukkan juga bahawa nama lain bagi Solat Duha ialah Solat Awaabiin.
--------------
Solat selepas terbit matahari merupakan salah satu solat yang dikatakan sunat mua'akad, yang amat digalakkan umat Islam melakukannya. Jika dilakukan sejurus selepas masuk waktu Syuruuq, maka ia namakan juga sebagai Solat Al-Isyraaq. Menurut pengarang buku Al-Ikhthaa' Al-Mushalliin (ms.173), Muhammad Sidiq Al-Minshawi, salah satu kesilapan ramai dikalangan orang yang bersolat ialah meninggalkan Solat DUHA kerana Jahil, bahkan ada yang tidak tahu langsung akan wujudnya Solat Duha. Insyaallah, marilah kita saling ingat-mengingati diantara satu sama lain agar dapat menghidupkan solat Duha ini didalam kehidupan seharian kita. Akhir sekali, didalam sebuah Hadith riwayat Bukhari dan Muslim yang kami ambil terjemahannya, dari Abu Hurairah (ra) pernah mendapat pesanan Nabi saw, kata beliau:
"Khalil ku (Sahabat ku, - iaitu Nabi saw)menasihatkan ku akan perihatin keatas 3 perkara dan tidak meninggalkannya sebelum aku mati :
1. melakukan Puasa 3 hari didalam sebulan
2. menunaikan Solat Duha
3. menunaikan Solat Witr sebelum Tidur"
wallahu 'alam
-wassalam-
-------
Rujukan :
1. Sheikh Abdul Aziz Bin Baaz. Majmu' Fatawa - 11 Riyad : Dar Al-Watan, 19??.
2. Sheikh Ahmad bin Abdul Aziz bin Baaz. Majmu' Fatawa Sheikh Abdul Aziz bin Baaz - 4. Riyad : Dar Al-Watan, 1997. ms 335
3. Sheikh Saami Majid. Perbezaan Solat Isyraaq dan solat Duha. Fatwa IOL. url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=84316
4. Muhammad Sidiq Al-Minshawi. Al-Ikhthaa' Al-Mushalliin Kaherah : Dar Al-Fadhilah, 1996. ms 173.
please comment, do you like this post o not? tq do like Blue Pearls ( Ask Wanita ) at: http://www.facebook.com/pages/Blue-Pearls-Ask-Wanita-/113864538680518?__adt=10 =) tq