Labels

10 muharram (1) 2 way mirror (1) 2014 (1) agama ini milik Allah (1) akhir zaman (1) Allah (1) Allah jaga hati (3) ampun dosa (3) anak (3) anak nakal (1) AWAABIIN (1) ayat alquraan (1) ayat lima belas (1) bencana (1) bercinta (2) berharap kepada Allah (1) bertaubat (1) budu (1) cinta (4) cinta kerana Allah (2) couple (2) dajjal (1) dapatkan pasangan (1) dhearty (1) DHUHA (1) di cintai Allah (3) diri (1) doa (5) doa mendapatkan pasangan (1) doa mohon jodoh dan keturunan yang baik (3) DOA UNTUK ANAK AGAR LEMBUT HATI (1) Doa untuk anak anak menjadi soleh dan solehah (1) Doa untuk menangani anak nakal (1) Doa Untuk Mendapatkan atau Melupakan Pasangan (1) emel berantai (1) girl (1) good life partber (1) hadis (1) hajat (1) halal (1) haram (1) hari asyura (1) helping each others (1) hukum (2) hukum sebar surat berantai (1) husnozon (1) ingatan bersama (1) ISYRAK (1) Jangan Putus Asa (1) jodoh (2) jodoh baik (2) kahwin (1) kawan (3) kecewa (1) kecil hati (1) keturunan baik (2) khasiat ayat al quraan (1) lelaki (1) liriklagu (1) love (3) malaikat (1) mata (1) maulidur rasul (1) mirror (1) muhasabah diri (1) naked (1) nasihat (2) nasyid (1) nikah (1) no love until akad (1) our love story (1) pasangan (1) pengajaran (1) pengasih (1) penjaga Ka'abah (1) permatayangdicari (1) petai (1) PINTAR DAN SOLEH (1) playgirl (1) prayers (1) rahsiah wanita (1) Redha (1) sahabat (2) sedih (1) selawat (1) selawat syifa (1) Sheikh Ahmad (1) sms berantai (1) Soal-Jawab Isu Kalimah Allah SWT - Council of Churches Malaysia VS Sultan Selangor (1) solat berjemaah (1) solat jumaat (1) soleh (1) solehah (1) SUNAT (1) sunnah (1) surat berantai (1) suuzon bersangka baik (1) syariat (1) Syukur (1) takenote (1) taubat (1) teman (1) tenang hati (1) terluka (1) tidak puas hati (1) tidur (1) tidur lepas asar (1) tidur maghrib (1) tips atasi zina hati (1) tolong orang (1) true love :) (1) uhibbuki Fillah (1) uhibukkifillah (1) wajib (1) wudhuk (1) zina hati (2)

Friday, November 23, 2012

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura


14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
(10 Muharram, bersamaan Sabtu, 24 Nov 2012) 



1. Melapangkan masa / belanja anak  , suami &  isteri2
fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. 

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti. 
3. Menahan marah
fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha. 

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya. 

6. Bersedekah
fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari
kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini. 

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan. 

8. Mandi Sunat
fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : ‘Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala’ 

9. Bercelak
fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu. 

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti. 

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : ‘Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala’
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali. 

12. Membaca
‘hasbiyallahhu wani’mal wakil wa ni’mal maula wa ni’mannasiiru’
fadhilat – Tidak mati pada tahun ini . 

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa. 

14. Puasa
Niat – ‘Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala’
fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Insya’allah..
Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain.



please comment, do you like this post o not? tq do like Blue Pearls ( Ask Wanita ) at: http://www.facebook.com/pages/Blue-Pearls-Ask-Wanita-/113864538680518?__adt=10 =) tq

Monday, October 29, 2012

zina hati? apakah ? bagaimanakah?


Soalannya, “Boleh tak buat post tentang zina hati??Ana teringin nak tahu..”
Sabda Rasulullah…
“Zina mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bercakap, tangan zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati zinanya dgn berhasrat, membayangi,dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kemaluan.” (HR Bukhari).
Rujukan: Kitab Riyadhus Solihin dalam Bab larangan melihat Wanita.
zina hati
Sebelum itu, semua org pasti sudah maklum dengan perkara berkaitan hati. Apabila disebut hati, maka tak boleh lari dari ilmu ‘Tasawwuf’. Jadi, jelas ianya bukanlah sesuatu yang boleh diterangkan oleh org2 sebarangan.
Berikut adalah soalan2 famous yang telah menerjahku sejak zina hati semakin berleluasa kebelakangan ini..
Kemusykilan Pertama: “Apakah maksud detail zina hati?”
Al-jawab: Jika dilihat di atas, zina hati diterjemahkan kepada 3 iaitu:
  1. Berhasrat.
  2. Berharap.
  3. Membanyangi.
Jika dilihat dari terjemahan melayu yang lainnya pula ada yang mengatakan merindui dan mengingini. Walaubagaimanapun, huraiannya tidaklah menyimpang jauh ke mana. Maaf, matan hadis dalam bahasa arabarab tidak dapat diletakkan atas beberapa masalah.
Baiklah, mari kita lihat dulu mengapa ia dinamakan zina hati. Berbalik kepada Al-Qur’an: “janganlah kamu mendekati zina” (al-isra’:32)
Lalu, apa yang dikatakan hadis tadi semuanya menjurus kepada zina dan semuanya adalah dilarang dalam Islam bertepatan dengan ayat ini dalam kalimah “mendekati”. Dari sini, kita dapat faham bahawa apa yg dikatakan sebagai zina hati itu ialah “perasaan dalam hati yang mendorong ke arah penzinaan”. Harap maklum.

Kemusykilan Kedua: “Adakah apabila kita minat seseorang, lalu hati kita asyik teringat padanya, itu termasuk zina hati?”
Al-jawab: Islam adalah agama yang menghormati fitrah manusia. Rasanya semua maklum. Namun fitrah itu juga bukanlah sewenang2nya diikuti sehingga menimbulkan fitnah. Dalam keadaan ini, perasaan minat pada manusia itu adalah fitrah. Lalu, adakah itu termsuk fitrah yang dilarang atau yg dihalalkan?
Jawapannya, perasaan minat kepada seseorang itu bukanlah termasuk zina hati. Ianya termasuk dalam fitrah manusia yang mana amat dihormati oleh Islam dan halal jika tidak secara berlebihan (contohnya x makan, x minum, samapi tinggal solat, termenung x tentu pasal, dan lain2). Walaubagaimanapun, bagi mereka yang menjaga wara’nya ataupun amat takut dengan taqwanya akan rosak, lalu eloklah dijauhkan. Ini kerana, walaupun perasaan itu tidak haram ianya boleh merosakkan kesempurnaan ibadah seseorang dan kesucian hati. Tetapi, sekali lagi diingatkan, ianya halal selagi tidak memudharatkan diri.

Kemusykilan Ketiga: “Abeh tu, apakah yang termasuk dalam zina hati?”
Al-jawab: Perasaan minat juga boleh termasuk dalam zina hati. Aikk? camne lak tuh? tadi cakap tak…
Ia boleh jika kita minat padanya sehingga kita terbayang2 pada minda, ataupun kelopak mata kita. Inilah yang ditafsirkan oleh hadis tadi sebagai membayangi. Membayangkan seseorang yang kita minat pada otak akan membawa kepada benda yang lebih melarat. Lebih2 lagi jika kita membayangi aurat si dia. Lalu, itu secara jelasnya termasuk dalam zina hati. ianya adalah HARAM dan dilarang keras dalam Islam.
(Rujukan: Minhajul ‘Abidin karya Imam Ghazali dan Hikam ibnu ‘Atoillah)

KESIMPULAN
Sesuatu yang kita wajar jaga semestinya kita perlu jaga. Begitu juga perkara2 yang dikatakan halal dalam islam tapi boleh mendatangkan kepada haram. Sekiranya kita mampu dan berdaya untuk menjauhkan daripadanya, jauhkanlah dan jagalah dirimu.
Seperti juga kemusykilan kedua tadi. Perasaan minat tidak boleh dilawan kerana ianya akan meletup dan memudharatkan diri serta orang lain. Tapi, sebaiknya DIKAWAL. Contoh terbaik ialah bagaimana Imam Syafie’. Ketika dia mengadu kenapa pada hari itu dia susah untuk mengingati hafalannya. Apabila disuruh mengingati dosanya, lalu teringat dia tatkala dalam perjalanan, dia TERnampak betis seorang wanita yng kainnya ditiup angin. Seperti kita maklum, pandangan pertama itu bukanlah haram, tapi walaupun halal, tetapi ianya tetap mendatangkan kesan kepada hatinya.
Namun, bagi mereka yang sudahpun dilanda oleh perkara2 seperti ini dan tidak dapat lagi menjauhkan diri, lalu disarankan janganlah terus sahaja melawan perasaan dengan alasan tadi. Sesudngguhnya, apa halal itu tetap halal sekiranya kita dapat KAWAL. Tiada salahnya memendam perasaa pada seseorang. Tetapi janganlah sehingga berlaku kesan pada diri sendiri dan manusia skeliling yg tidak elok.
TAPI, PERASAAN ITU TIDAK SALAH.. YANG SALAHNYA IALAH PERBUATAN YANG LAHIR DARIPADA PERASAAN ITU..
Sekian dariku yang terAMAT..AMAT..AMAT.. Dhaif..
Terima kasih kepada: Muhd Alfateh

copy from : http://wanwma.com/agama/apa-itu-zina-hati/


   Tips/Panduan Atasi Zina Hati

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan.
Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati.
Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu.
Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi. Antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis."

Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran Al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud:
"Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih." (Surah Yusuf, ayat ke-24)

Berikut adalah beberapa tips yang ingin dikongsikan bersama :
Ikhlas kepada Allah.
Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati.
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan:
"Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.
Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah.
Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.
Mengurus mata dan pandangan.
Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh.
Ibnu Qayyim menyatakan:
"Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya."
Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik.
Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.
- Artikel iluvislam.com


copy from: http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/887-tipspanduan-atasi-zina-hati.html

more about zina hati on: 


please comment, do you like this post o not? tq do like Blue Pearls ( Ask Wanita ) at: http://www.facebook.com/pages/Blue-Pearls-Ask-Wanita-/113864538680518?__adt=10 =) tq

Wednesday, October 10, 2012

Dialog Nabi SAW dan Abdullah Ibn Maktum Tentang Solat Jemaah

TAZKIRAH
Dialog Nabi SAW dan Abdullah Ibn Maktum Tentang Solat Jemaah

Abdullah Bin Ummi Maktum mempunyai banyak uzur, tetapi tetap di suruh mendirikan solat jemaah di masjid.

1) Beliau buta dan tiada orang menemaninya ke masjid

Abu Hurairah berkata: Seorang lelaki buta (Ibn Ummi Maktum) telah datang kepada nabi lalu berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku tidak mempunyai orang yang akan memimpinku ke masjid. Lelaki itu meminta Rasulullah memberi keringanan kepadanya supaya dia boleh melakukan solat di rumahnya. Maka baginda memberikan keringanan. Ketika lelaki buta itu mahu beredar pulang, nabi memanggilnya dan berkata: Apakah kamu mendengar azan? Lelaki itu menjawab" Ya. Jawab baginda :saw: Maka wajib kamu pergi solat jemaah di masjid.


[Sahih Muslim, Kitab Masjid dan Tempat Solat, Bab Galakkan Pergi Ke Masjid Bagi Sesiapa Yang Mendengar Azan, hadis no: 1050]


2. Rumah Ibn Ummi Maktum jauh dari masjid

Abdullah Ibn Makhtum bertanya kepada nabi :saw: Ya Rasulullah, sesungguhnya aku lelaki yang buta dan rumah aku jauh, dan aku tiada orang untuk memimpin aku ke masjid. Apakah aku ada keringanan untuk mendirikan solat di rumah ku? Nabi bertanya: Apakah kamu mendengar azan? Jawab beliau: Ya. Lalu nabi bersabda: Aku tidak menemui keringanan untuk kamu.
[Sunan Abu Daud, Kitab as-Solat, Bab Dipersempitnya Alasan Untuk Meninggalkan Jemaah, hadis no: 464]


3. Di antara rumah Ibn Makhtum dan masjid terdapat semak belukar

Abdullah Ibn Makhtum menceritakan bahawa nabi datang ke masjid dan melihat sedikitnya jemaah. lalu baginda bersabda: Aku hampir-hampir mahu menyuruh seseorang menjadi imam solat kepada manusia, kemudian aku keluar dan membakar rumah-rumah orang yang solat di rumahnya. Lalu Ibn Makhtum bertanya: Ya Rasulullan, sesungguhnya di antara rumahku dan masjid terdapat pokok-pokok kurma dan pokok-pokok lain. Aku tidak mempunyai orang yang boleh memimpinku ke masjid sepanjang masa. Apakah boleh aku mendirikan solat di rumahku. Nabi bertanya: Apakah engkau mendengar Iqamah? Jawab beliau: Ya. Maka nabi bersabda: Maka hendaklah engkau datang ke masjid.
[Musnad Ahmad,Musnad al-Makkiyyin, Hadis 'Amru Bin Ummi Maktum :ra, hadis no: 15064]


4. Kawasan itu banyak binatang buas

Ibn Ummi Maktum berkata kepada nabi :saw: Ya Rasulullah, sesungguhnya di Madinah terdapat banyak binatang buas dan berbahaya. Maka nabi bertanya: Apakah kamu mendengar seruan 'Hayya 'Alas Solah, Hayya 'Alal Falah'. Jika ya, maka penuhi panggilan itu.
[Sunan Abi Daud,Kitab Solat, Bab Dipersempitnya Alasan Untuk Meninggalkan Jemaah, hadis no: 465] 









please comment, do you like this post o not? tq do like Blue Pearls ( Ask Wanita ) at: http://www.facebook.com/pages/Blue-Pearls-Ask-Wanita-/113864538680518?__adt=10 =) tq

Thursday, June 14, 2012

marilah bersangka baik =)

 
orang yang pandai menari tu tak semestinya kaki clubbing,
orang yang lahirkan anak luar nikah tak semestinya telanjur,
orang laki muda yang mencium dahi seorang perempuan yang juga masih muda, tak semestinya tu bukan halalnye,
orang yang bawa kereta laju tu tak semestinya tak berhemah,
orang perempuan yang naik atas moto seorang laki tak semestinya dia rela,

setiap benda tu kadang2 ada tak semestinya.....

mungkin yang pandai menari tu memang suka menari di rumah sahaja sebagai senaman,
mungkin yang lahirkan anak luar nikah tu dirogol,
mungkin laki tu mencium dahi isterinya, mereka khwin awl, family arrange,
mungkin dia bawa kereta laju, nak antar isterinya ke hospital yang sedang nak bersalin,
mungkin dia terpaksa naik motor laki tu, kerana dia terdesak sebab dia sakit dan perlu ke hospital dengan segera dan lelaki tu last choice dia.......

kerana mungkin ada cerita di sebalik benda tu semua...
janganlah mudah kita memberi tanggapan buruk...
husnuzon lah....


tapi kalau kita suuzon kepada orang yang memang suka buat salah,
contoh, dia memang suka mencuri dari kecik, hoi mungkin...
janganlah anda husnozon, dan membiarkan barang2 berharga bersepah kat dia lak ... hehe... =)
berpada-padalah... kalau benda tak pasti, jangan cepat beri tanggapan buruk..
ingatan kepada diri sendir juga dan kepada kawan =)


“Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta”
-HR. Muttafaqun alaihi.


please comment, do you like this post o not? tq do like Blue Pearls ( Ask Wanita ) at: http://www.facebook.com/pages/Blue-Pearls-Ask-Wanita-/113864538680518?__adt=10 =) tq

Monday, June 4, 2012

Mewajibkan ‘Forward’ Sms, Email dan Surat Berantai

Mewajibkan ‘Forward’ Sms, Email dan Surat Berantai

Sudah terlalu kerap. Malah selayaknya dibuat satu amalan khas kepada budaya umat Islam untuk meng’forward’kan sms, email dan surat yang mempunyai elemen agama .
Gambar hiasan
“Sila sebarkan SMS ini. Kalau tidak kamu akan ditimpa bencana daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala.”
“Jika anda mahukan kejayaan yang akan dikurniakan Allah SWT maka jangan tunggu lama-lama untuk forward kan email ini kepada 20 orang. Sudah pasti akan datang ganjaran tanpa anda duga”
Ayat-ayat sedemikian telah membuatkan kita berasa ragu-ragu untuk tidak melakukan apa yang diugut oleh orang yang menghantar sms dan email itu kepada kita. Malah kita kononnya beranggapan mungkin rezeki yang dikurniakan Allah SWT sepatutnya dilaburkan kepada usaha penyebaran maklumat agama ini. Apatah lagi email yang tidak mengurangkan walau sesen pun duit poket kita.
Ada juga surat berantai yang kadang diterima kononnya dari pemegang anak kunci makam Rasulullah SAW. Ada yang dinamakan dengan Syeikh Ahmad. Ada yang dinamakan dengan Syeikh Omar. Namun setelah ditanya kepada penduduk Madinah berkenaan orang ini maka mereka secara terus menerus menyangkal dakwaan ini. Penduduk Madinah sendiri tidak pernah mengenali nama orang tersebut. Ini merupakan satu pembohongan. Perkara ini juga telah dinyatakan secara khusus di dalam bab akidah oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi didalam kitab Fatawa Muasarah beliau.
Perkara yang dipertikaikan adalah bagaimana mereka boleh membuat satu jaminan kebahagiaan (pahala) dan jaminan ‘bala’ atau bencana jika tidak menyebarkan petikan tersebut. Secara ringkasnya disini, saya simpulkan mengapa ianya berbahaya kepada agama dan perlu dikikis dari budaya remaja kita yang bergelumang dengan teknologi. Walaupun mereka ini bersemangat dalam beragama, namun semangat sama sekali tidak di’halal Jakim’kan sekiranya ia melanggar disiplin keilmuan Islam.
1) Menafikan Kesempurnaan dalam Agama Islam
Didalam surat berantai, Sms dakwah, email islamik yang mempunyai dakwaan dan amaran yang bukan berasal dari al-Quran dan as-Sunnah. Ini menggambarkan seolah-olah agama Islam itu belum sempurna dan memerlukan kesempurnaan lain dengan amaran dan dakwaan daripada manusia lain selepas kewafatan Nabi SAW. Didalam surah al-Maidah : 3 : Bermaksud :
 Pada hari ini telah Aku sempurnakan kepada kamu agamamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu ke atas kamu, dan Aku telah redha Islam itu sebagai agama kami”.
2) Mewajibkan dan mengharamkan sesuatu yang tidak datangnya daripada al-Quran dan Sunnah.
Ini seolah-olah kita mewajibkan dan mengharamkan sesuatu yang tidak pernah disuruh di dalam agama. “Jika anda tidak menyebarkan maklumat ini maka anda akan mendapat musibah”. Siapakah kita dalam mewajibkan dan mengharamkan? Firman Allah dalam Surah an-Nahl : 116 , bermaksud :
“ Dan janganlah kalian mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidah kalian secara dusta, “Ini halal dan ini haram”, untuk mengadakan pembohongan terhadap Allah SWT. Sesungguhnya orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tidak akan beruntung.”
3) Adakah kita ‘sang pencipta’ syariat yang baru?
Sebahagian sms dan email yang menjadikan emailnya merupakan suatu ketentuan hukum. Malah boleh pula kita menetapkan bilangan tertentu untuk di’forward’. Sebagai contoh, “anda dikehendaki menyebarkan mesej ini kepada 20 orang yang anda kenali seminggu selepas anda mendapat maklumat ini”. Bukankah kita seolah-olah menjadikan diri kita ini seperti ‘sang pencipta’ syariat yang baru. Firman Allah SWT di dalam surah al-Syura : 21 yang bermaksud :
“Apakah mereka mempunyai sembahan selain Allah yang menetapkan aturan agama bagi mereka yang tidak diizinkan (diredhai) oleh Allah?”
4) Tidak mengenal pasti siapakah penyebar maklumat
Islam mementingkan persoalan maklumat yang disampaikan. Ia tidak menerima secara semberono siapa sahaja yang bercakap tanpa alasan yang jelas. Namun setiap dakwaan itu memerlukan hujjah dan dalil. Tambahan pula ianya berkait rapat dengan agama. Sebab itu Ahli Sunnah menjadikan ( al-Tathabbut) atau membuat kepastian dalam sesuatu fakta adalah asas dalam pengambilan sesuatu maklumat, atau menghukum orang lain. Tujuannya agar agama tidak ditokok tambahkan. Firman Allah SWT didalam surah al-Hujurat : 6 yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepadamu seorang fasiq membawa sesuatu berita maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum ( dengan perkara yang tidak diingini ) dengans ebab kejahilan kamu, sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan.”
Disebabkan itu Ulama tabi’in Muhammad Ibn Sirin (w110) berkata : “Sesungguhnya ilmu ini (mengenai al-Quran dan al-Sunnah adalah din ( agama).Oleh itu perhatilah daripada siapa kamu mengambil agama kamu”.
Sebenarnya budaya ini bukanlah budaya yang baik bagi seorang yang bergelar ‘orang teknologi’. Orang yang berteknologi sepatutnya adalah merupakan orang yang paling mengetahui selok-belok pembohongan dalam dunia internet. Namun sayangnya remaja yang bijak dengan dunia teknologi maklumat ini tumpas dan tewas apabila pembohongan itu datangnya dari email atau sms berbentuk agama. Kita takuti hasil sebaran kita kepada rakan yang lain menjebakkan diri kita ke atas pendustaan kepada Rasulullahsallallahu’alaihi wasallam.
Ingat!!!..bohong, tipu dan ‘awta’ member-member boleh dikira ok lagi. Namun berbeza bila kita berbohong atas nama Nabi SAW.  Jelas dalam hadis mutawatir yang bermaksud :
“Sesungguhnya berdusta keatasku ( menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain ( menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta keatasku dengan sengaja, maka  siaplah tempat duduknya di dalam neraka.
5) Asalkan berita agama sahaja kita sebarkan.
Nampak sahaja macam keratan agama kita sebarkan. Bukankah orang yang berkualiti adalah orang yang mempunyai ‘filter’ dalam setiap ceritanya. Kekadang semangat dan kesungguhan kita untuk berdakwah melalui medium teknologi sesuatu yang boleh dibanggakan. Dan inilah peluang kita berdakwah. Namun, harus diingat dakwah juga memerlukan disiplinnya. Imam Muslim dalam muqaddimah kitab Sahihnya menerangkan :
“ Cukuplah sesorang itu dikira berdusta dengan dia menceritakan setiap cerita yang ia dengari”.
Disebabkan itulah para ulama amat melarang menceritakan dan menyampaikan sesuatu maklumat tanpa menyelidikinya. Antaranya Imam Malik bin Anas menyebut :
“ Ketahuilah, tidak selamat seseorang yang menceritakan setiap apa yang dia dengari, dan sesorang tidak menjadi Imam ( pimpinan) sama sekali apabila menceritakan setiap yang dia dengar.”
6) Menilai logika isi kandungan email dan sms
Kekadang kita mampu berfikir secara logik dan mampu mempertikaikan isu-isu agama yang bersifatta’abbudi. Namun, dalam isu ini kita seolah-olah terpukau dengan penceritaan dan ganjaran beserta ancaman dari sms dan email yang sampai kepada kita. Kalau dilihat secara logik pun kita mampu untuk mengetahui ‘keajaiban’ dan ke’misteri’an cerita yang sampai kepada kita dari sudut logiknya.
Dalam ilmu hadis terdapat kaedah Naqd al-Mutun atau dipanggil mengkritik teks. Iaitu melihat sejauhmana kebenaran boleh dipercayai daripada sesuatu teks. Ini dengan cara membandingkan teks tersebut dengan al-Quran atau al-Sunnah dan sejarah yang boleh dipegang dengan akal yang waras. Imam Ibn Jauzi (w 597) berkata :
“Apabila engkau melihat sesbuah hadith menyanggahi logic, menyalahi manqul ( al-Quran ) dan bertentangan dengan usul-usul Islam, maka ketahui ianya hadith yang palsu”.
7) Orang lain sebar anda turut berdosa
Apabila kita melakukan sesuatu yang benar-benar sunnah. Lalu kita menyebarkannya, maka pahala yang diperolehi sama seperti orang yang mengamalkannya. Samalah juga apabila kita melakukan sesuatu perbuatan dosa akibat menyebarkan sms dan email palsu, lalu diikuti oleh orang lain, maka samalah dosa mereka dengan kita.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud : “Sesiapa yang melaksanakan suatu sunnah hasanah, maka baginya pahala dari perbuatan tersebut dan pahala orang-orang yang beramal dengannya tanpa berkurangan sesuatu pun dari pahala-pahala mereka. Dan sesiapa yang melaksanakan dalam Islam suatu sunnah yang tidak baik (sayyia’ah) maka diatasnya dosa perbuatan itu dan dosa orang yang beramal dengannya tanpa berkurangan sedikitpun. ( Hadis Sahih Muslim )
8) Kami buat ini atas maksud dakwah. Bukankah ianya sesuatu yang baik?
Para sahabat RA sentiasa berpegang dengan prinsip ‘Lau kaana khairan lasabaquuna’. Bermaksud  ‘sekiranya ianya perbuatan baik, maka sudah pasti kami mendahuluinya’. Mereka golongan yang teramat pantas melakukan kebaikan. Kerja dakwah mereka dijual beli dengan harta dan nyawa. Namun, mereka sama sekali tidak melakukan perkara yang bukan dari al-Quran dan Sunnah walaupun ianya dianggap baik.
Buat remaja yang bersemangat dalam menggabungkan teknologi maklumat dan urusan dakwah. Marilah kita sama-sama merenung kata-kata Imam Ibn Jauzi dalam kitab beliau berjudul Talbis Iblis terhadap golongan yang suka dan seronok menyebarkan cerita-cerita yang jauh dari disiplin ilmu. Katanya :
“Orang ramai tidak lagi sibuk dengan ilmu, sebaliknya berpaling kepada cerita-cerita dan perkara yang diminati oleh orang jahil. Maka timbullah bidaah dalam bidang ini….dalam kalangan mereka ada yang memalsukan hadis-hadis dalam at-targhib (menggalakkan ibadah) dan at-Tarhib ( menakutkan orang ramai kepada maksiat). “ Iblis menipu mereka dengan mengatakan “ Tujuan kami adalah untuk menggalakkan orang ramai kepada kebaikan dan menghalang mereka daripada kejahatan. Ini adalah penambahan mereka terhadap syariat. Justeru, dengan perbuatan ini, syariat pada sisi mereka adalah cacat dan berhajatkan kepada penyempurnaan”. Mereka lupa sabda Nabi SAW : Sesiapa yang berdusta keatasku dengan sengaja maka siaplah tempat duduknya di dalam neraka.” ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, hlm 143, Beirut : Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.)
Penulisan ini bukanlah mengkritik sesiapa, sekiranya ia hanya menyuruh rakan-rakan lain men’forward’kan sms dan email dakwah atas tujuan kepentingan dakwah. Tetapi yang dikritik adalah apabila ia menyatakan ganjaran dan habuan serta amaran berlakunya musibah terhadap perbuatan ‘forward’ tersebut.
Ayuh bersama kita menjadi pendakwah dalam dunia teknologi berdasarkan ilmu. Kerana ilmu itu pagar bagi orang yang bersemangat. Saya juga memohon kemaafan dari Allah SWT sekiranya berlaku keterlanjuran dalam menyebarkan dakwah agama ini.



please comment, do you like this post o not? tq do like Blue Pearls ( Ask Wanita ) at: http://www.facebook.com/pages/Blue-Pearls-Ask-Wanita-/113864538680518?__adt=10 =) tq

Sunday, June 3, 2012

“ana akan ta’aruf dengan ukhti beberapa tahun lagi,ketika ukhti sudah lulus” ??




“ana akan ta’aruf dengan ukhti beberapa tahun lagi,ketika ukhti sudah lulus”

“untuk apa antum katakan itu sekarang akhi?… Jika belum siap adalah jawabannya,lalu mengapa harus antum katakan rencana tersebut pada ana? Tak tahu kah antum,kalimat itu menggoyahkan kekokohan iman yg susah payah ana bangun.”

Ketika antum mengatakan: “ana ingin jaga hati ana untuk ta’aruf dengan ukhti nanti”

“Lantas,apakah dengan antum berkata seperti itu,lalu prilaku antum yg sering menelfon ana itu tidak berarti mengotori hati?. Antum memang sudah seharusnya menjaga hati, hingga tiba saatnya nanti untuk antum berikan seutuhnya kepada wanita yg berhak.”

Ketika antum mengatakan: “hati hati, di sana..jaga diri baik baik..”

“Bukannya ana tidak suka di perhatikan dan di jaga,tapi cukuplah Allah Azza Wa Jalla yg akan menjaga ana..Bukankah Allah Azza Wa Jalla adalah sebaik-baik Pelindung?”

Ketika antum mengatakan: “ana harap ukhti tidak ta’aruf dengan orang lain sebelum ana”

ana tidak bisa menjanjikan apapun,karena ana tidak tau apa yg akan terjadi nanti..

Maka jika nantinya kita tidak berjodoh,mungkin ana tak cukup baik untukmu,pasti ada wanita lain yg lebih baik untuk antum..Dan yakinlah,jika memang ana adalah pasangan dari tulang rusuk antum,maka tanpa antum minta untuk tidak ta’aruf dgn orang lainpun,ana akan tetap menjadi pendamping antum bila Allah Azza Wa Jalla berkehendak....

Sebuah ibroh,

Wahai akhwat,jika datang kepadamu laki-laki baik-baik yang melamarmu,maka bisa jadi dialah pangeranmu.

Wahai ikhwan,jika gadis pujaanmu telah dikhitbah laki-laki lain,maka ikhlaskanlah.Bisa jadi dia bukanlah bidadarimu.

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”.(An Nuur : 26) Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik,maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah laki-laki yang sholeh,jadilah wanita yang sholehah. Semoga Allah Azza Wa Jalla memberikan hanya yang baik buat kita. Aamiin ya Rabbal'alamin


via: ~*•.Sebelum Engkau Halal BagiKu.•*~


please comment, do you like this post o not? tq do like Blue Pearls ( Ask Wanita ) at: http://www.facebook.com/pages/Blue-Pearls-Ask-Wanita-/113864538680518?__adt=10 =) tq

Saturday, June 2, 2012

7 jenis mata yang dicintai oleh Allah SWT.

7 jenis mata yang dicintai oleh Allah SWT.


بسم الله الرحمن الرحيم

1- Mata mereka yang sentiasa berusaha ke arah melaksanakan perintah Jihad pada Jalan Allah SWT.

2- Mata yang menitis air mata kerana takutkan kebesaran Allah SWT.

3- Mata yang sentiasa bertahan atau bersabar daripada memandang perkara yang haram.

4- Mata yang memerhati kejadian Allah SWT.

5- Mata yang memandang Kitab Allah SWT-Al-Quran Al-Karim ( Membaca, mengambil pengajaran dan mengamal dalam kehidupan ).

6- Mata yang memandang mereka yang miskin dengan penuh kerahmatan dan kasih sayang.

7- Mata yang berjaga malam di jalan Allah.
 


please comment, do you like this post o not? tq do like Blue Pearls ( Ask Wanita ) at: http://www.facebook.com/pages/Blue-Pearls-Ask-Wanita-/113864538680518?__adt=10 =) tq

Thursday, May 10, 2012

Dajjal Di Akhir Zaman




Dajjal Di Akhir Zaman

اطَّلَعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْنَا وَنَحْنُ نَتَذَاكَرُ فَقَالَ : مَا تَذَاكَرُونَ ؟ قَالُوا : نَذْكُرُ السَّاعَةَ. قَالَ : إِنَّهَا لَنْ تَقُومَ حَتَّى تَرَوْنَ قَبْلَهَا عَشْرَ آيَاتٍ.فَذَكَرَ الدُّخَانَ وَالدَّجَّالَ وَالدَّابَّةَ وَطُلُوعَ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا وَنُزُولَ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَيَأَجُوجَ وَمَأْجُوجَ وَثَلَاثَةَ خُسُوفٍ خَسْفٌ بِالْمَشْرِقِ وَخَسْفٌ بِالْمَغْرِبِ وَخَسْفٌ بِجَزِيرَةِ الْعَرَبِ وَآخِرُ ذَلِكَ نَارٌ تَخْرُجُ مِنْ الْيَمَنِ تَطْرُدُ النَّاسَ إِلَى مَحْشَرِهِمْ
Hadis yg diriwayatkan dari Huzaifah bin Asid Al-Ghifari r.a. berkata :

Rasulullah s.a.w. datang kepada kami dan pada waktu itu kami sedang berbincang-bincang. Lalu baginda bersabda : Apa yang kamu bincangkan?.Kami menjawab : Kami sedang berbincang tentang hari Kiamat.Lalu Nabi s.a.w. bersabda : Tidak akan terjadi hari Kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya.Kemudian baginda menyebutkannya : Asap,Dajjal,binatang,terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s.,Ya’juj dan Ma’juj,tiga kali gempa bumi iaitu sekali di timur,sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka.

Munculnya Dajjal pada akhir zaman adalah salah satu dari tanda-tanda kiamat yg besar.Di mana semua tanda-tanda kiamat yg besar ini adalah sesuatu yg tidak pernah terjadi dan tidak pernah dilihat oleh manusia.Tiada siapa yg mengetahui bila berlakunya hari kiamat.Ia dirahsiakan dan hanya Allah saja yg lebih Maha Mengetahui.Antara tanda kiamat yg besar itu ialah munculnya Dajjal di akhir zaman nanti yg membawa fitnah kepada bumi ini.

( Hadis Sahih Muslim )

Banyak hadis yg menyebut tentang kemunculan Dajjal di akhir zaman nanti.Sabda Rasulullah dalam satu hadis

ذَكَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الدَّجَّالَ ذَاتَ غَدَاةٍ فَخَفَّضَ فِيهِ وَرَفَّعَ حَتَّى ظَنَنَّاهُ فِي طَائِفَةِ النَّخْلِ فَلَمَّا رُحْنَا إِلَيْهِ عَرَفَ ذَلِكَ فِينَا فَقَالَ : مَا شَأْنُكُمْ ؟ قُلْنَا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ذَكَرْتَ الدَّجَّالَ غَدَاةً فَخَفَّضْتَ فِيهِ وَرَفَّعْتَ حَتَّى ظَنَنَّاهُ فِي طَائِفَةِ النَّخْلِ.فَقَالَ : غَيْرُ الدَّجَّالِ أَخْوَفُنِي عَلَيْكُمْ إِنْ يَخْرُجْ وَأَنَا فِيكُمْ فَأَنَا حَجِيجُهُ دُونَكُمْ وَإِنْ يَخْرُجْ وَلَسْتُ فِيكُمْ فَامْرُؤٌ حَجِيجُ نَفْسِهِ
Rasulullah s.a.w. menyebutkan tentang Dajjal pada satu hari dan baginda mengangkat dan merendahkan suaranya sehingga kami menyangka Dajjal itu berada di sebahagian pohon kurma.Kemudian kami berpaling dari Rasulullah lalu baginda berkata : ada apa dengan kamu semua?kami berkata : Ya Rasulullah,kamu menceritakan tentang Dajjal pada pagi hari dan kamu mengangkat serta merendahkan suara hingga kami menyangka Dajjal itu berada di antara pohon kurma.Lalu Rasulullah berkata : bukan Dajjal yang aku takutkan ke atas kamu semua dan jika dia keluar maka aku akan berada dengan kamu,maka akulah yang akan menyelesaikan urusannya.Dan jika dia keluar dan aku tidak berada dengan kamu maka setiap orang menyeselaikan urusan masing-masing.

( Hadis Sahih Muslim )

Pengertian Dajjal

Perkataan Dajjal berasal dari kata dajala ( دجل ) bermaksud menutupi ( sesuatu ).Dalam Mukjam Lisanul ‘Arab mengemukakan beberapa pendapat mengapa disebut Dajjal.Menurut suatu pendapat :
1 ) Ia disebut Dajjal kerana ia adalah pembohong yang menutupi kebenaran dengan kepalsuan.
2 ) Pendapat lain mengatakan kerana ia menutupi bumi dengan bilangannya yang besar.
3 ) Pendapat ketiga mengatakan kerana ia menutupi manusia dengan kekafiran.
4 ) Keempat kerana ia tersebar dan menutupi seluruh muka bumi.
Dalam kitab Tazkirah ( التذكرة فى أحوال الموتى وأمور الآخرة ) oleh Imam Al-qurtubi menyebut bahawa lafaz atau perkataan Dajjal ini boleh membawa 10 makna.Di antaranya ialah Al-Kazzab iaitu pendusta.

Dajjal Menurut Al-Quran
Perkataan Dajjal tidak tertera dalam al-quran tetapi di dalam hadis sahih banyak menceritakan tentang Dajjal.Terdapat juga dalam satu hadis sahih yg menerangkan bahawa sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir dari surat Al-Kahfi melindungi orang dari fitnahnya Dajjal :

عن أبي الدرداء رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال : من حفظ عشر آيات من أول سورة الكهف عصم من الدجال و في رواية : من آخر سورة الكهف

Sabda Rasulullah s.a.w. :

“ Barang siapa menghafal sepuluh ayat pertama Surat Al-Kahfi,ia akan selamat dari ( fitnahnya ) Dajjal.Dalam riwayat lain menyebut sepuluh ayat terakhir dari Surah Al-Kahfi. ”

Sifat-Sifat Dajjal Dalam Hadis
Di dalam hadis banyak menceritakan tentang Dajjal mahupun dari segi sifat-siftanya, fizikal, keadaan dan berbagai lagi. Terdapat banyak hadis yang menerangkan ciri-ciri atau sifat bagi Dajjal ini.

1. Pemuda yang berambut kerinting atau kusut

إِنَّهُ شَابٌّ قَطَطٌ عَيْنُهُ طَافِئَةٌ كَأَنِّي أُشَبِّهُهُ بِعَبْدِ الْعُزَّى بْنِ قَطَنٍ
Sabda Rasulullah s.a.w. :

" Sesungguhnya Dajjal itu seorang pemuda yang kerinting rambutnya,hilang cahaya matanya seolah-olah aku menyamakan ia dengan Abdul Uzza bin Qathan. "

( Hadis Sahih Muslim )

2. Mata Dajjal

إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى لَيْسَ بِأَعْوَرَ أَلَا وَإِنَّ الْمَسِيحَ الدَّجَّالَ أَعْوَرُ الْعَيْنِ الْيُمْنَى كَأَنَّ عَيْنَهُ عِنَبَةٌ طَافِئَةٌ
Nabi s.a.w. bersabda :

“ Sesungguhnya Dajjal itu buta mata kananya seolah-olah matanya seperti anggur yang menonjol. ”
( Hadis Sahih Muslim )

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ نَبِيٍّ إِلَّا وَقَدْ أَنْذَرَ أُمَّتَهُ الْأَعْوَ رَ الْكَذَّابَ أَلَا إِنَّهُ أَعْوَرُ وَإِنَّ رَبَّكُمْ لَيْسَ بِأَعْوَرَ وَمَكْتُوبٌ بَيْنَ عَيْنَيْهِ ك ف ر 
Sabda Rasulullah s.a.w. :

“ Tidak ada seorang nabi pun kecuali akan memperingatkan umatnya dari Dajjal iaitu buta satu matanya,pendusta.Ketahuilah sesungguhnya Dajjal itu buta.Dan sesungguhnya Tuhan kamu tidaklah buta dan tertulis di antara dua mata Dajjal : ك ف ر iaitu kafir.”

( Hadis Sahih Muslim )

أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الدَّجَّالُ مَكْتُوبٌ بَيْنَ عَيْنَيْهِ ك ف ر أَيْ كَافِرٌ 
Nabi s.a.w. bersabda : Dajjal itu tertulis di antara matanya ك ف ر iaitu kafir

( Hadis Sahih Muslim )

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الدَّجَّالُ مَمْسُوحُ الْعَيْنِ مَكْتُوبٌ بَيْنَ عَيْنَيْهِ كَافِرٌ ثُمَّ تَهَجَّاهَا ك ف ر يَقْرَؤُهُ كُلُّ مُسْلِمٍ
Sabda Rasulullah s.a.w. :

“ Dajjal itu buta sebelah matanya,di antara matanya tertulis kafir kemudiannya mengejanya ka fa ra dan semua Muslim dapat membacanya. ”

( Hadis Sahih Muslim )

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَلَا أُخْبِرُكُمْ عَنْ الدَّجَّالِ حَدِيثًا مَا حَدَّثَهُ نَبِيٌّ قَوْمَهُ إِنَّهُ أَعْوَرُ وَإِنَّهُ يَجِيءُ مَعَهُ مِثْلُ الْجَنَّةِ وَالنَّارِ فَالَّتِي يَقُولُ إِنَّهَا الْجَنَّةُ هِيَ النَّارُ وَإِنِّي أَنْذَرْتُكُمْ بِهِ كَمَا أَنْذَرَ بِهِ نُوحٌ قَوْمَهُ
Rasulullah s.a.w. bersabda :
“ Inginkah kamu semua aku menceritakan tentang Dajjal,suatu keterangan yang belum pernah diceritakan seorang nabi kepada kaumnya?Sesungguhnya Dajjal itu buta sebelah mata,ia datang dengan membawa sesuatu seperti syurga dan neraka.Maka apa yang dikatakannya syurga adalah neraka dan aku telah memperingatkan kamu terhadapnya seperti mana Nabi Nuh telah memperingatkan kaumnya.”

( Hadis Sahih Muslim )

Tempat Tinggal Dajjal

Dalam satu hadis Sahih Muslim iaitu hadis yang panjang menceritakan tempat tinggal Dajjal ketika di zaman Nabi.Dalam hadis yang panjang ini Nabi s.a.w. menceritakan kepada sahabat setelah selesai solat berjemaah.Nabi s.a.w. menyebut : Seorang kristian yang bernama Tamim Al-Dari yang memeluk Islam menceritakan kepadaku tentang Dajjal sesuai dengan apa yang pernah aku ceritakan kepada kamu.” Lalu Nabi s.a.w. menceritakan kisah yg diceritakan oleh Tamim :

Dia bersama 30 orang dari Kabilah Lakhm dan Judzam pergi ke laut dengan menaiki kapal.Lalu angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah laut yg luas.Kemudian mereka tidak dapat menghalakan kapal ke pantai sehingga mereka terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau di tengah lautan tersebut di saat tenggelamnya matahari.Di pulau yg tidak ada orang itu mereka berjumpa dengan seekor binatang yg sangat tebal bulunya sehingga tidak tahu jantina dan duburnya yg bernama Al-Jassasah.

Kemudian mereka mengunjungi orang itu yang nampak seperti raksasa,tangannya diikat pada lehernya dan kakinya diikat dengan rantai dari lutut hingga mata-kaki. Mereka bercakap-cakap dengan orang ini yg tiba-tiba ia bertanya kepada mereka tentang Nabi s.a.w.Dan ia mengakhiri percakapannya dengan berkata : Sesungguhnya aku adalah Al-Masih Ad-Dajjal.Dan aku akan diberi izin untuk keluar sehingga aku keluar.Lalu aku berjalan di bumi dan tidak aku tinggalkan satu negeri pun kecuali aku akan turun padanya dalam waktu 40 malam kecuali Makkah dan Thaibah ( Madinah ),keduanya haram bagiku.Setiap kali aku masuk pada salah satunya,malaikat menghadangku dengan pedang terhunus di tangannya,menghalangiku darinya.Dan sesungguhnya pada setiap celahnya ( dua kota itu ) ada para malaikat yg menjaganya.

Hadis ini memberi gambaran kepada kita iaitu tempat tinggal Dajjal ialah di sebuah pulau dan Dajjal ini sudah ada pada zaman Nabi tetapi belum diizinkan lagi untuk keluar.

Tempat yang tidak dimasuki Dajjal

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ مِنْ بَلَدٍ إِلَّا سَيَطَؤُهُ الدَّجَّالُ إِلَّا مَكَّةَ وَالْمَدِينَةَ وَلَيْسَ نَقْبٌ مِنْ أَنْقَابِهَا إِلَّا عَلَيْهِ الْمَلَائِكَةُ صَافِّينَ تَحْرُسُهَا فَيَنْزِلُ بِالسِّبْخَةِ فَتَرْجُفُ الْمَدِينَةُ ثَلَاثَ رَجَفَاتٍ يَخْرُجُ إِلَيْهِ مِنْهَا كُلُّ كَافِرٍ وَمُنَافِقٍ 
Sabda Rasulullah s.a.w. :

“ Tidak ada satu negeri pun kecuali akan didatangi ( dikuasai ) Dajjal kecuali Makkah dan Madinah.Tidak ada satu celah pun di negeri tersebut kecuali ada malaikat yang menjaganya. Kemudian Dajjal datang ke suatu daerah di luar Madinah yang tanahnya bergaram. Bergoncanglah Madinah tiga kali goncangan,Allah mengeluarkan semua orang kafir dan munafiq dari Madinah.”

Siapakah pengikut Dajjal?

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَتْبَعُ الدَّجَّالَ مِنْ يَهُودِ أَصْبَهَانَ سَبْعُونَ أَلْفًا عَلَيْهِمْ الطَّيَالِسَةُ 
“ Akan mengikuti Dajjal dari kaum Yahudi Ashbahan (sebuah kota di Iran) 70.000 orang,( tanda ) mereka memakai thayalisah ( sejenis kain yang dipakai di pundak ). ”

Antara Fitnah-Fitnah Dajjal
1. Ada syurga dan neraka bersama Dajjal

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الدَّجَّالُ أَعْوَرُ الْعَيْنِ الْيُسْرَى جُفَالُ الشَّعَرِ مَعَهُ جَنَّةٌ وَنَارٌ فَنَارُهُ جَنَّةٌ وَجَنَّتُهُ نَارٌ
“ Dajjal adalah buta matanya sebelah kiri,keriting rambutnya,bersamanya ada syurga dan neraka. Maka nerakanya adalah syurga dan syurganya adalah neraka.”

( Sahih Muslim )

2. Memerintahkan langit untuk menurunkan hujan dan bumi menumbuhkan tanamannya

قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا لَبْثُهُ فِي الْأَرْضِ قَالَ أَرْبَعُونَ يَوْمًا يَوْمٌ كَسَنَةٍ وَيَوْمٌ كَشَهْرٍ وَيَوْمٌ كَجُمُعَةٍ وَسَائِرُ أَيَّامِهِ كَأَيَّامِكُمْ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ فَذَلِكَ الْيَوْمُ الَّذِي كَسَنَةٍ أَتَكْفِينَا فِيهِ صَلَاةُ يَوْمٍ قَالَ لَا اقْدُرُوا لَهُ قَدْرَهُ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا إِسْرَاعُهُ فِي الْأَرْضِ قَالَ كَالْغَيْثِ اسْتَدْبَرَتْهُ الرِّيحُ فَيَأْتِي عَلَى الْقَوْمِ فَيَدْعُوهُمْ فَيُؤْمِنُونَ بِهِ وَيَسْتَجِيبُونَ لَهُ فَيَأْمُرُ السَّمَاءَ فَتُمْطِرُ وَالْأَرْضَ فَتُنْبِتُ
Kami berkata : Ya Rasulullah,berapa lama masa tinggalnya Dajjal di atas dunia?Baginda bersabda : 40 hari.Satu hari bagaikan satu tahun,satu hari bagaikan satu bulan dan satu hari bagaikan satu minggu dan selain itu harinya sama dengan hari biasa.Kami berkata : Ya Rasulullah,bagaimana kalau satu hari bagaikan satu tahun,apakah cukup bagi kami untuk melaksanakan solat satu hari?Rasulullah bersabda : Tidak,tetapi ukurlah kadarnya.Kami berkata : Ya Rasulullah,bagaimana tentang cepatnya Dajjal di muka bumi?Beaginda bersabda : Bagaikan hujan yang ditiup oleh angin lalu dia datang kepada kaum dan menyeru mereka sehingga mereka beriman kepadanya dan menerima seruannya.Dia juga memerintahkan langit untuk menurunkan hujan maka hujan turun dan memerintahkan bumi untuk menumbuhkan tanaman maka kemudian tumbuh.”

( Sahih Muslim )
3. Menghidup dan mematikan

حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا حَدِيثًا طَوِيلًا عَنْ الدَّجَّالِ فَكَانَ فِيمَا حَدَّثَنَا قَالَ يَأْتِي وَهُوَ مُحَرَّمٌ عَلَيْهِ أَنْ يَدْخُلَ نِقَابَ الْمَدِينَةِ فَيَنْتَهِي إِلَى بَعْضِ السِّبَاخِ الَّتِي تَلِي الْمَدِينَةَ فَيَخْرُجُ إِلَيْهِ يَوْمَئِذٍ رَجُلٌ هُوَ خَيْرُ النَّاسِ أَوْ مِنْ خَيْرِ النَّاسِ فَيَقُولُ لَهُ أَشْهَدُ أَنَّكَ الدَّجَّالُ الَّذِي حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَدِيثَهُ فَيَقُولُ الدَّجَّالُ أَرَأَيْتُمْ إِنْ قَتَلْتُ هَذَا ثُمَّ أَحْيَيْتُهُ أَتَشُكُّونَ فِي الْأَمْرِ فَيَقُولُونَ لَا قَالَ فَيَقْتُلُهُ ثُمَّ يُحْيِيهِ فَيَقُولُ حِينَ يُحْيِيهِ وَاللَّهِ مَا كُنْتُ فِيكَ قَطُّ أَشَدَّ بَصِيرَةً مِنِّي الْآنَ قَالَ فَيُرِيدُ الدَّجَّالُ أَنْ يَقْتُلَهُ فَلَا يُسَلَّطُ عَلَيْهِ
Rasulullah s.a.w. menceritakan kepada kami sebuah hadis yang panjang tentang Dajjal.Di antara apa yang baginda sampaikan adalah : Dajjal akan datang dan dia diharamkan untuk masuk ke kota Madinah,maka dia berakhir di daerah yang tanahnya bergaram yang berada di sekitar Madinah.Maka keluarlah kepadanya seorang yang paling baik dan dia berkata : Aku bersaksi bahawa kamu adalah Dajjal yang telah diceritakan oleh Rasulullah.Lalu Dajjal berkata ( kepada pengikutnya ) : Bagaimana jika aku membunuh orang ini kemudian menghidupkannya,apakah kalian masih tetap ragu tentang urusanku?Mereka berkata : Tidak.Dia pun membunuhnya kemudian menghidupkannya.Orang yang baik itu berkata setelah dihidupkan : Demi Allah,aku semakin yakin tentang dirimu.Rasulullah berkata : Lalu Dajjal ingin membunuhnya lagi namun dia tidak sanggup melakukannya.

( Sahih Muslim )

Siapa yang membunuh Dajjal?

Setelah Dajjal tinggal di bumi 40 hari,Allah s.w.t. pun menurunkan Nabi ‘Isa a.s..Rasulullah s.a.w. berkata :
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ الدَّجَّالُ فِي أُمَّتِي فَيَمْكُثُ أَرْبَعِينَ لَا أَدْرِي أَرْبَعِينَ يَوْمًا أَوْ أَرْبَعِينَ شَهْرًا أَوْ أَرْبَعِينَ عَامًا فَيَبْعَثُ اللَّهُ عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ كَأَنَّهُ عُرْوَةُ بْنُ مَسْعُودٍ فَيَطْلُبُهُ فَيُهْلِكُهُ
“ Dajjal akan keluar dikalangan umatku selama 40 dan aku tidak tahu sama ada 40 hari atau 40 bulan atau 40 tahun,kemudian Allah s.w.t. mengutus Isa bin Maryam a.s. yang seolah-olah mirip dengan Urwah bin Mas’ud.Lalu Nabi Isa a.s. akan mencari Dajjal dan membunuhnya….”

( Sahih Muslim )

فَيَطْلُبُهُ حَتَّى يُدْرِكَهُ بِبَابِ لُدٍّ فَيَقْتُلُهُ
“ Nabi Isa a.s. mengejar Dajjal hingga mendapati Dajjal di Bab Ludd ( satu negeri dekat Baitul Maqdis Palestin ).Lalu Nabi Isa pun membunuhnya.”

( Sahih Muslim )

ذَابَ كَمَا يَذُوبُ الْمِلْحُ فِي الْمَاءِ فَلَوْ تَرَكَهُ لَانْذَابَ حَتَّى يَهْلِكَ وَلَكِنْ يَقْتُلُهُ اللَّهُ بِيَدِهِ فَيُرِيهِمْ دَمَهُ فِي حَرْبَتِهِ
“ Ketika musuh Allah s.w.t. ( iaitu Dajjal ) melihat Nabi ‘Isa a.s,lalu melelehlah ( tubuhnya ) seperti mana garam meleleh di dalam air.Jika dibiarkan maka akan meleleh hingga binasa,akan tetapi Allah membunuhnya melalui tangan Isa a.s. memperlihatkan darahnya kepada mereka di tombak Nabi Isa a.s.”

( Hadis Riwayat Muslim )




copied from: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=405023836196628&set=a.316418128390533.81807.316372781728401&type=3


please comment, do you like this post o not? tq do like Blue Pearls ( Ask Wanita ) at: http://www.facebook.com/pages/Blue-Pearls-Ask-Wanita-/113864538680518?__adt=10 =) tq