Budu yang berasal dari negeri sebelah
pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian
dan menjadikajian para ahli pemakanan
berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia,
New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru
ini membuktikan kandungan budu memiliki
glutathione sebagai bahan antioksidan,
mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan
daya tahan tubuh (immune) yang dapat
memerangi pelbagai penyakit merbahaya
dan menghalang kanser.
Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi
golongan yang selama ini
memperlekehkan kewujudan budu
yang dianggap makan "kuno".
Budu didapati berpotensi untuk melawan
radikal bebas dan dipercayai mampu
menghalang proses penuaan dan
mencegah terjadinya penyakit
degeneratif seperti aterosklerosis,
koroner jantung, penyakit kencing
manis, kanser dan selainnya
pada peringkat lebih awal. Kajian
mendalam juga mendapati budu
turut mengandungi zat antibakteria
penyebab cirit (diarrhoea), penurunan
kolestrol darah, pencegah penyakit
jantung dan hipertensi.
Budu memiliki zat gizi yang lebih
mudah dicerna, diserap dan
dimanfaatkan oleh tubuh berbanding
jenis protein yang lain. Khasiat budu
yang diproses dari ikan bilis yang
diperam terbukti mampumengatasi
masalah kanak-kanak yang
menderita penyakit diarrhoea
kronik akibat kurang zat pada tubuh.
Dengan pengambilan budu sebagai
makanan sampingan, ia mampu
menggalakkan pertumbuhan
berat badan bagi golongan yang
menderita penyakit diarrhoea
kronik ini sertamenyembuhkannya
dalam waktu singkat.
Hidangan budu bersama nasi
kerabuIa juga dapat mempertingkatkan
IQ kepada sesiapa yang memakannya,
kerana ia merangsangkan sel-sel
otak dan akan memperkukuhkan
ikatan di antara neuron-neuron
serta menguatkan neuron-neuron
yang lemah. Pemakanan budu
turut bertindak membantutkan
pertumbuhan bakteria raffinosa
dan stokiosa, penyebab utama
gejala flatulensi dan masalah kembung
perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.
2 kelompok vitamin yang terdapat
pada budu iaitu, vitamin larut air
(vitamin B kompleks) dan vitamin
larut lemak (vitamin A, D, E dan K).
Budu merupakan sumber vitamin B
yang paling banyak menyumbang
kepada pecahan lain seperti vitamin
B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin),
asid pantotenat, asid niasin, vitamin
B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin).
Secara saintifik, budu merupakan
penyumbang utama vitamin B12
yang dihasilkan oleh bakteria
klebsiella pneumoniae dan
Citrobacter frundiin - yang
mana vitamin B12 ini tidak dimiliki
dari mana-mana sumber makanan
laut, ikan-ikan dan daging-daging
lain. vitamin B12 ini perlu untuk
pembentukan sel darah merah, di mana
kekurangan vitaman ini mengakibatkan
terjadinya penyakit anemia perisiosa
(pucat), sakit perut dan berat badan
menurun.
Kadar vitamin B12 dalam budu adalah
di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram
per 100 gram bagi setiap
satu hidangan atau 2 sudu besar.
Jumlah ini jauh lebih cukup untuk
keperluan badan manusia dalam
sehari. Dengan adanya vitamin B12 para
pengamal diet (jaga badan) tidak perlu
lagi merasa khuatir akan kekurangan
vitamin B12 di dalam badan.
Selain pembekal kepada protein yang
tinggi, ia turut mengandungi mineral
makro dan mikro dalam jumlah
yang cukup. Jumlah mineral zat besi,
kalsium dan magnesium adalah
sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg
bagi setiap 100 gram budu. Budu
juga mengandungi zat antioksidan
dalam bentuk isoflavon.
Seperti halnya vitamin C, vitamin E
dan karotenoid, isoflavon juga
merupakan antioksidan yang sangat
diperlukan oleh tubuh untuk
menghentikan reaksi pembentukan
radikal bebas. Radikal bebas merupakan
atom atau molekul yang mempunyai
satu atau lebih elektron yang tidak
berpasangan, sehingga menjadi
sangat aktif hingga menyebabkan
ketumbuhan tumor,
kanser, penuaan dan kematian sel.
Radikal bebas didapati berpunca dari
makan seharian yang dimakan
dan juga dari reaksi yang terjadi
di dalam tubuh. Adanya antioksidan
di dalam budu akan mencegah
pembentukan radikal bebas tersebut.
Kebiasaannya di dalam apa jua
jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon
unsur antioksidan iaitu daidzein,
glisitein dan genistien.
Pada budu, di samping 2
jenis unsur ini, terdapat juga
antioksidan faktor 11
(6, 7, 4 trihidroksi isoflavon)
yang mempunyai sifat antioksidan
paling kuat
dibandingkan isoflavon dalam
ikan-ikan lain.
Penelitian yang dilakukan di
Universiti North Carolina,
Amerika Syarikat menemukan
bahawa unsur genestein dan
phytoestrogen yang
terdapat pada budu terbukti
dapat mencegah
penyakit kanser, proses penuaan
dan barah payu dara.
Penyakit jantung koroner (PJK)
merupakan salah
satu bentuk kelainan pembuluh
darah koroner akibat penumpuan
lemak di dalam dinding
pembuluh darah iaitu satu
keadaan yang disebut aterosklerosis.
Ini mungkin disebabkan
oleh faktor usia, pemakanan, jantina
dan keturunan. Manakala faktor
dimodifikasi adalah peningkatan
kadar lipida darah (hiperkolestrolemia),
hipertensi, obesiti, stress dan
kurang aktiviti lasak. Pemakanan
budu yang mempunyai sifat
hipokolesterolemik
(menurunkan lemak darah)
seperti kandungan
protein, serta makanan, niasin,
vitamin E, karotenoid dan kalsium.
Satu ujikaji rambang
yang dijalankan, mendapati
pengambilan budu sebanyak 150 gm
sehari selama 2 minggu dapat
menurunkan kadar kolestrol ke
tahap luar dari jangkaan.
Selain dari sumber protein yang
berkualiti tinggi, budu turut dikenali
sebagai sumber serat
(dietary fiber) yang baik. Kandungan
serat di dalam budu mampu mencapai
di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm.
Ia menyumbangkan kepada 30% dari
jumlah serat yang dianjurkan oleh
National Cancer Research.
Berbanding serat di dalam ikan-ikan
atau sumber protein lain, serat pada
budu lebih mudah untuk dicernakan,
kerana ia telah disepara cerana oleh
bakteria. Dari apa yang dinyatakan ini
jelas sekali bahawa khasiat serta
kebaikan sepiring budu yang dimakan
bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan
malam melampau jangkauan yang anda
fikirkan. Budu seumpama cecair
pelbagai vitamin yang memenuhi
segala keperluan untuk tubuh badan.